Thursday, August 20, 2009

Salam Kemerdekaan!!


“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, aku baru sahaja mendengar laungan kemerdekaan pada detik 12 malam tadi. Seraya itu aku sambut dengan rasa kesyukuran dimana kita masih berada dalam negara yang merdeka. Ini juga bermakna negara telah masuk hari kemerdekaan yang menjadi sejarah sejak 52 tahun dahulu.

Harapan aku dan juga kau yang menyayangi suasana aman seperti sekarang ini, semoga aku dan kau dapat menikmati kemerdekaan negara selama-lamanya. Negara memang sudah merdeka dan termaktub perjanjian antara wakil negara terawal dengan wakil dari pihak british tatkala bendera Malayan Union diturunkan dari berkibarnya di tanah air kita.

Negara dah merdeka! Bagaimana pula dengan rakyat jelata yang tinggal di negara yang merdeka ini? Adakah mereka juga turut merdeka?

Perkara inilah yang menjadi persoalannya. Bagi aku semakin banyak kelemahan dan keburukan yang nyata aku dan kau boleh lihat pada masa kini. Bermacam-macam gejala, bermacam-macam trajedi, bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam propaganda dan bermacam-macam lagi (boleh guna ker ayat ni!? huhu).

Ketika aku dalam perjalanan balik ke kampung di Kota Tinggi, perasan perjalanan aku begitu lancar! Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kesesakan yang melampau terutama di Ulu Tiram dan jalan masuk ke Kota Tinggi. Dibenak aku timbul seribu persoalan, dimanakah manusia tempatan? Tidakkah mereka menyambut hari bersejarah ini?

Pendapat aku selagi fikiran dan jiwa individu itu sendiri tidak merdeka, maka masih banyak yang perlu diperbetulkan jika ingin negara kekal harmoni dan aman seperti sebelumnya. Jika tidak kau akan berada dalam bayangan sendiri dan sesalan di kemudian hari.

Bertindaklah selagi masih ada waktu. Ubahlah demi diri sendiri. Tekadkanlah untuk memajukan diri. Teruskanlah berusaha. Berpijaklah pada bumi yang nyata!

Bagaimana pendapatan kau dan kau pula?

Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52! Semoga apa yang kita miliki kini terus kekal, malah kau dan aku terus berjuang dengan penuh semangat patriotik demi agama, bangsa dan negara.

Monday, July 20, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Welcome to join 1000wajah.com


All those ladies, who just registered,kindly be advised that we need you to register as participants as soon as possible so that we can get the targeted number of participants within our expected schedule

Apart from that,there are also lucky prizes to be won monthly.

For participants,that have uploaded their photos,kindly ensure that they have uploaded the mandatory 3 copies as required by the rules of participation.